Melayu tidak akan derhaka kepada SULTAN...

Jangan kurang ajar dengan SULTAN MELAYU. Ini Tanah Melayu....

DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak hari ini


KUALA LUMPUR 12 Mac – Semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak diarahkan memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu.

Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang berkata, tindakan tersebut diambil kerana pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, daripada Pas yang merupakan wakil rakyat parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak mendapat mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

dipetik dari utusan malaysia


0 comments: