Kejayaan anak buah " Raja " memenangi Piala AFF 2010 membawa sinar baru dalam mutu bola sepak negara.Terutamanya penyerang sensasi negara " kasut emas Asia Tenggara " memberi ruang dan peluang pada dirinya untuk mencuba nasib di ISL ( Liga Super Indonesia ) . Ini membuktikan anak tempatan mampu untuk mendapat tempat di luar negara. Biarpun hanya di Indonesia, ini satu permulaan yang baik untuk kemajuan bola sepak negara. Persib Bandung , Persib Balik Papan, Pelita Jaya adalah antara kelab indonesia yangberminat untuk mendapatkan khidmat beliau(Safee Sali).
Persib Bandung menjadi pilihan Safee Sali sekiranya semua berjalan lanjar. Menurut sumber, 70% urusan telah disempunakan. Sekiranya tiada apa-apa halangan, kita mungkin akan melihat anak tempatan menggegar ISL untuk musim baru nanti. ISL yang dijadualkan bermula MEI ini memberi ruang untuk Safee Sali mempersiapkan diri sebelum menjejakkan kaki di bumi seberang.
Mengikut pengamatan saya, liga ISL lebih mencabar dan menarik. Banyak yang boleh dipelajari oleh Safee Sali. Mungkin disana, Safee Sali tidak akan keletihan mencari bola untuk menjaringkan gol sepertimana di sini. Tetapi mungkin Safee Sali akan keletihan kerana terlalu banyak bola dihantar kepadanya untuk dijaringkan.
Sumber : Dijedok dari : Klik Sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment